Uitm: majulah bangsa,maju negara

Saturday, August 23, 2008



Date:09-11-2007Author:Norliza Abdullah

UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) yang beroperasi sejak 51 tahun khusus
untuk pelajar Bumiputera kini membuka pintu bagi kemasukan pelajar
antarabangsa dalam usaha mengantarabangsakan institusi pengajian tinggi
itu."Saya sendiri akan memilih calon pelajar dan ia berdasarkan kelayakan,
kemahiran insaniah dan kecekapan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris,"
katanya kepada Berita Harian, baru-baru ini.Mengulas lanjut mengenai
pengambilan itu,katanya, walaupun UiTM mempunyai 100 peratus pelajar Bumiputera,
penting bagi mahasiswa universiti itu didedahkan dengan budaya antarabangsa.

"Pertemuan dua budaya membentuk pemikiran lebih seimbang, di samping
berpeluang bertukar pengetahuan dan maklumat untuk dimanfaatkan bersama.
"Tidak semua pelajar tempatan berpeluang mengikuti pengajian di luar
negara dan dengan pembawa pelajar asing, mereka berpeluang bertemu rakan
sebaya negara lain, sekali gus membuka minda untuk terus maju," katanya.

Date: 13-08-2008
Author: Tuan Nazuri Tuan Ismail

SHAH ALAM: Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk
Seri Ibrahim Abu Shah mendedahkan pemimpin dalam Pakatan Rakyat sudah
menyiapkan usul yang mencadangkan supaya universiti itu dibuka kepada
bukan Bumiputera.
"Saya sifatkan orang yang buat cadangan ini seperti kerbau ditindik
hidung. Saya tidak salahkan orang yang mendesak kerana dia berjuang untuk
kaumnya.
"Ini perbuatan pengkhianat bangsa dan jangan menghina bangsa sendiri.
Fikir dulu sebelum cakap," katanya yang tidak menolak cadangan itu dibuat
kerana desakan pihak ketiga.

--> Rakyat negara sendiri dipinggirkan,manakala rakyat negara luar dialu-alukan
ibarat kalau tidak cukup tapak tangan,nyiru mereka tadahkan.Budaya luar disanjung,
budaya rakyat negara sendiri tidak diambil peduli.Seperti kata pepatah:

Kera di hutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan.

Lima jari di tangan,
Satu ditunding ke satu arah,
Empat menunding diri sendiri,
Siapa yang bersalah?




posted by Q-KHALIFA, Saturday, August 23, 2008

0 Comments:

===========================

>>ADD A COMMENT HERE<< | >>BACK TO HOME<<

===========================