Bijak-bijak
Sunday, July 20, 2008
MB: Terengganu beli Mercedes ganti Proton bagi jimat kos
20-07-2008
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said hari ini mempertahankan tindakan kerajaan negeri membeli 14 kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri dalam usaha menjimatkan kos perbelanjaan tahunan.Beliau diminta mengulas laporan akhbar berhubung pembelian kenderaan bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.
- Ini antara salah satu tindakan bijak yang dilakukan oleh kerajaan negeri dan patut dipuji.Kita tidak pilih mereka untuk membelanjakan wang rakyat sesuka hat.Akhirnya rakyat negeri Terengganu sendiri yang rugi.Oh hampir terlupa saya, mereka dipilih oleh pihak istana dan bukannya oleh majoriti wakil rakyat pada pilihanraya yang lalu.Jadi mereka boleh membelanjakan wang ikut suka mereka.Alasan penukaran kepada kereta yang lebih mahal adalah kerana kos penyelenggaraan yang kurang berbanding model perdana yang dikatakan memerlukan kos yang tinggi untuk diselenggarakan.Persoalannya adakah perlu untuk menukar kepada kereta mahal berjenama kerana kereta tersebut dikatakan tidak akan selalu rosak dan menguntungkan untuk jangka masa yang panjang.Hakikatnya,walaupun peluang untuk mengalami kerosakan adalah kurang, tetapi kos untuk alat-alat ganti bagi kereta tersebut adalah jauh lebih tinggi berbanding kereta-kereta yang lain.Maka harga untuk penyelenggaraan akan menjadi sama dan tiada bezanya .Jika betul kereta model perdana V6 selalu mempunyai masalah, kenapa tidak ditukarkan kepada model lain keluaran tempatan yang lebih murah berbanding sebelumnya? 14 kereta mercedes berharga Rm3.43 juta(satu bersamaan Rm250 ribu) manakala 14 biji kereta waja misalnya mungkin akan menelan belanja sebanyak RM 700 ribu saja.Penjimatan sebanyak Rm2.7 juta dapat dilakukan dan wang ini boleh di agih-agihkan untuk keperluan rakyat.Sekaligus,dapat membantu penjualan kereta keluaran negara yang kini mempunyai masalah penjualan dan mungkin akan bankrupt tidak lama lagi.Keduanya, mengapa di saat ekonomi negara yang sedang tenat dan di saat rakyat mengalami kesusahan, kerajaan membelanjakan wang yang banyak untuk tujuan berkenaan.Adakah kena dengan masanya? Kerajaan seharusnya berjimat cermat dalam berbelanja ketika negara mengalami kegawatan ekonomi.Ini lah yang terjadi apabila pemerintah hanya tahu menjaga akan kepentingan mereka,tetapi tidak memikirkan tentang nasib rakyat.Kemarahan rakyat akan bertambah membara oleh kerana keangkuhan dan kesombongan yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin yang tidak mempedulikan kesusahan mereka.

|