Uitm Di hatiku

Tuesday, August 12, 2008


(UiTM Benteng Terakhir Mempertahankan Maruah Bangsa..Hahaha!!)

Bila Tan Sri Khalid Ibrahim menyatakan Uitm patut membuka 10% kepada bukan bumiputera untuk membolehkan persaingan yang sihat dan menyatupadukan kaum-kaum,ini reaksi mereka:

Shah Alam:

Hampir 10,000 penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) berarak ke Bangunan SUK Selangor di Shah Alam pagi tadi bagi membantah syor supaya pusat pengajian tinggi tersebut, berusia lebih lima dekad, dibuka kepada bukan Bumiputera.

"Kami mendesak agar Menteri Besar memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut (syor 10 peratus tempat di UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera)," katanya.

“Kita telah merancang pelan tindakan secara terpeinci. Susulan fasa kedua dan ketiga akan diteruskan termasuk memohon perkenan Tuanku Canselor (Tuanku Mizan Zainal Abidin) bertitah agar UiTM tidak diganggu,” katanya.

Tetapi bila mantan Perdana Menteri pada june 2002, mengumumkan MRSM yang dikhaskan untuk bumiputera sahaja sebelum ini akan memperuntukkan 10% jumlah pelajar bagi bukan bumiputera sebagai langkah untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum negara kita, ini reaksi mereka:

KUALA LUMPUR 6 Jan. - Kuota pengambilan pelajar 'bukan bumiputera di lima buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mulai bulan depan dinaik-kan daripada 10 kepada 30 peratus.

lebih lucunya lagi, Institut Pemikiran Dr.Mahathir ditubuhkan oleh Uitm sendiri selepas TDM bersara bagi menghargai segala pemikiran-pemikiran yang telah dicetuskan oleh TDM.

posted by Q-KHALIFA, Tuesday, August 12, 2008

0 Comments:

===========================

>>ADD A COMMENT HERE<< | >>BACK TO HOME<<

===========================