Hang kata hang terra..pii laa!
Wednesday, July 16, 2008
Terima kasih Tan Sri Nordin Kardi,naib chanselor UUM merangkap intellectual kebanggaan kerajaan kerana membantu parahkan lagi persepsi masyarakat terhadap golongan cerdik pandai disebabkan soalannya yang bodoh semalam.Jika beliau tiada,mungkin Dato' Shabery Cheek akan mendapat sedikit pujian dari para penonton yang boleh berfikir semalam.Pada saya pihak kerajaan seharusnya membentangkan hujah dengan fakta-fakta tentang minyak dan isu kenaikan harga minyak tersebut dan bukannya membalas dengan serangan-serangan peribadi terhadap pihak lawan.Mungkin mereka menyangkakan bahawa Anwar akan berhujah menggunakan wang dari petronas semata untuk merealisasikan penurunan harga minyak,tetapi sebaliknya berlaku.Akibat kehabisan hujah,maka apa yang mereka mampu lakukan hanyalah menyerang peribadi lawan.Ini adalah sesuatu yang tidak matang di tunjukkan oleh pihak kerajaan dan tidak mempunyai kekuatan sikap.Rakyat yang mempunyai akal fikiran tentu akan kecewa dengan sikap sedemikian dan akan bertambah muak dengan keangkuhan mereka.Siapa yang menonton semalam pasti akan tahu untuk menilai hujah pihak mana yang lebih meyakinkan dan menguntungkan rakyat semua.Jika kerajaan meneruskan dengan sikap sebegini rupa,tidak mempedulikan nasib rakyat kebanyakkan,maka makin cepatlah berkuburnya kerajaan serta parti UMNO terutamanya.
|