Demonstrasi bukan budaya kita
Wednesday, August 13, 2008
KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mahu mengadakan demonstrasi jalanan kerana ia hanya mencetuskan huru-hara dan mengganggu ketenteraman awam, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.Beliau berkata, tindakan Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Barang (Protes)demonstrasi jalanan bukan kaedah betul untuk menyampaikan sebarang pendirian atau bantahan terhadap kenaikan harga bahan api di negara ini."Demonstrasi jalanan ini melanggar undang-undang. Kalau melanggar undang-undang, polis terpaksa ambil tindakan, jadi jangan merungut jika mereka dikenakan tindakan selepas itu".
KOTA BAHARU, 3 Jan (Bernama) -- "Kalau nak demonstrasi, kita boleh beri (kebenaran), (malah) Stadium Bukit Jalil pun kita boleh beri, berkumpullah di situ, nak berceramah, nak bertempik, bertempiklah di situ, kita tidak kisah, asalkan jangan lakukan demonstrasi di jalanan kerana itu bukan budaya kita.
"Demonstrasi cara itu boleh cetuskan huru-haradalam negara,"katanya.Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan tidak akan bersifat 'apologetic' dalam menangani golongan berkenaan kerana ia melibatkankepentingan negara.
"Dalam bertindak, kerajaan sebenarnya amat bersabar tetapi bila tiba masanya,kalau kepentingan awam terjejas, kita ambil tindakan. la termasuk menggunakan undang-undang ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) terhadap mereka," kata Najib.
KUCHING, 30 Nov (Bernama) -- Gerakan Belia 4B Malaysia hari ini menyatakan sokongan supaya tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) dikenakan terhadap mereka yang terbabit dalam demonstrasi jalanan.
Naib Presiden Belia 4B Datuk Faisal Abdullah berkata pergerakan itu menganggap mereka yang menyertai demonstrasi jalanan sebagai pengacau keharmonian negara dan berdasarkan sejarah, ISA telah memberi jaminan yang berpanjangan dalam memastikan keamanan terpelihara.
--- Bila orang lain berdemo di jalanan menyatakan ketidakpuasan hati ,dilabelkannya sebagai perosak keamanan dan bukan budaya kita oleh mereka.Bila demo dibuat atas nama kepentingan mereka sendiri,hukumnya wajib dan halal.Jika mereka kata berdemo di jalanan bukan budaya kita,tetapi mereka juga berdemo dijalanan semalam..Adakah budaya double-standard itu juga merupakan budaya kita?..haha!

|