Kebebasan,Keadilan buat Rakyat Malaysia
Thursday, July 10, 2008
Minggu sudah,saya menonton cerita Hang Tuah, lakonan dan arahan Tan Sri P.Ramlee sebagai Tuah.Beliau berjaya mencipta sejarah dengan menghasilkan filem melayu pertama yang berwarna.Tuah berjaya menghapuskan Jebat yang melawan Raja kerana Raja menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Tuah tanpa usul periksa dan hanya bersandarkan kepada tuduhan oleh Patih Karma Wijaya.Jebat telah menerangkan kepada Tuah ,dia melawan Raja kerana ingin menegakkan keadilan buat Hang Tuah sendiri.Jebat berkata "Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah"tetapi dek terlalu setia akan raja, Tuah akhirnya membunuh Jebat juga.Filem ini diakhiri dengan kata-kata Tuah yang bersedih akan kematian Jebat lalu berkata "Siapakah yang betul..Jebat kah? atau aku kah?". Jika di buat survey di zaman tersebut,saya yakin lebih 80% yang akan mengatakan tindakan Tuah adalah betul, tetapi sebaliknya saya yakin 98% yang akan mengatakan Jebat yang betul pada zaman sekarang.Ini kerana ketemadunan masyarakat dahulu dan sekarang jauh berbeda dan masyarakat kini menjunjung tinggi nilai keadilan dan kebebasan setiap rakyat di Malaysia.Begitu juga apa yang berlaku sekarang."Pemimpin adil pemimpin disanjung,Pemimpin zalim Pemimpin disanggah".Pemimpin yang korupsi sana,menantu korupsi sini,kapal selam sana,kapal selam sini, C4 sana C4 sini,fitnah sana fitnah sini perlu disanggah dan di lawan.
Saya bersama eekmal,ijan dan lan sempat menghadiri program di Stadium Kelana Jaya pada sebelah malam sempena himpunan rakyat protes harga minyak naik.Walaupun tidak mencapai sasaran 1 juta rakyat,tetapi seramai lebih kurang 25,000 orang menghadiri program malam itu.Mesej berjaya disampaikan kepada rakyat dan kelihatan rakyat berbilang kaum dan usia turut serta berhimpun meluahkan rasa tidak puas hati mereka.Saya difahamkan terdahulu pada sebelah petang ketika sesi persembahan, sedikit kekecohan terjadi kerana ada segelintir penonton(penyokong PAS) yang mengutuk dan menyuruh kumpulan Carburetor Dung berhenti dari membuat persembahan oleh sebab lirik lagu mereka yang lucah.Ini telah menyebabkan kemarahan penyanyi kumpulan tersebut,lalu menunjukkan punggungnya(memakai seluar kecik) kepada penonton tersebut sebagai tanda tidak puas hati.Pada saya,baik penonton ataupun penyanyi tersebut telah melakukan perbuatan yang tidak rasional.Saya pernah menonton ceramah Pemimpin PAS Saudara Mohd Sabu,bahkan saya rasa ceramah tersebut lebih lucah dan teruk dari lirik lagu tersebut.Tetapi masih diterima baik oleh penyokong-penyokong PAS oleh kerana ianya datang dari pemimpin mereka.Begitu juga dengan penyanyi tersebut yang ternyata mempunyai akal yang singkat melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya di forum yang salah.Akibatnya isu ini menguntungkan pihak lain kerana dijadikan tajuk hangat oleh media-media pemerintah.

"kebebasan rakyat kita,diberkati tuhan memperkasakan rakyatnya"
|