Cinta itu mendatangkan buta dan ketulian

Wednesday, February 22, 2006


Cinta membuatku tuli dari segala kecuali suaranya.
Pernahkah Cinta Seaneh ini?
Cinta membutakanku, dan hanya kepadanya semata aku memandang.
Cinta membutakan, dan kerana tersembunyi, membunuh.
Ada kelebihan cinta yang tak bisa ditahan manusia.
Cinta membumbung tinggi, melebihi segala nilai.
posted by Q-KHALIFA, Wednesday, February 22, 2006 | link | 0 comments | -----------------------------------------------

Buat sesiapa yang berkenaan

Sunday, February 19, 2006



Aku akan menjadi malam malam mu..kan menjadi mimpi mimpi mu..dan selimuti hatimu..yang beku..aku kan menjadi bintangbintang mu..kan selalu menyinarimu..dan menghapus rasa rindumu..yang pilu
aku kan menjadi embun pagi mu.. yang menyejukkan jiwamu..dan membasuh hatimu.. yang layutinggalkan sejenak lalumu.. beri sedikitwaktu..kepadaku..untuk meyakinkan mu..
aku bisa untuk menjadi..apa yang kau minta..untuk menjadi apa yang kau inginkan..Tapi aku tak bisa menjadi dirinya.
posted by Q-KHALIFA, Sunday, February 19, 2006 | link | 0 comments | -----------------------------------------------

Shine on Shine on

Wednesday, February 15, 2006


Shine on, shine on
Let's make harmony
For a better future
Make harmony
And let the world
Become a far more beautiful place
For our children

These lyrics implicitly illustrate how relations between members of various religious communities can be good and healthy. Whatever our religious convictions, we must peacefully unite to make life on earth more lovely and diverse. There will always be differences, but that’s the beauty of the world. It’s precisely that beauty that gives us life.
posted by Q-KHALIFA, Wednesday, February 15, 2006 | link | 0 comments | -----------------------------------------------

Buat Teman yang Sakit Jiwanya


Wahai JIWA-JIWA yang tenanghati-hatilah dirimu kepada HATI-HATI yang penuh kebencian yang dalam,Kerana sesungguhnya IBLIS ada dan bersemayam di hati yang penuh dengan BENCI! dan yang penuh dengan PRASANGKA!
Jika kebencian MERACUNIMU..kepada manusia lainnya,maka sesungguhnya iblis sudah BERKUASA atas dirimu.maka jangan pernah berharap aku akan MENGASIHI MENYAYANGI manusia-manusia,yang penuh BENCI seperti kamu!
posted by Q-KHALIFA, Wednesday, February 15, 2006 | link | 0 comments | -----------------------------------------------

Cinta adalah misteri..


Semalam, ketika hampir mahu lena, aku sempat menghayati karya ahmad dhani yg menjadi playlist tidurku. Judulnya "cinta adalah misteri". Cinta(pada manusia) boleh mendatangkan bahaya dan pada masa yang sama boleh menjadikan kekuatan buat sang pecinta.
Definasi cinta adalah begitu meluas dan juga misteri. Muhyiddin Ibnu Arabi menyatakan " barang siapa yang mendefinasikan cinta, beerti ia tidak tahu tentang cinta. barang siapa merasakan aliranya, beerti ia tidak mengenalnya. Barang siapa yang mengatakan dia telah puas dengan cinta, beerti ia tidak mengerti tentang cinta..kerana cinta adalah minum, tetapi tidak puas".

Ahmad Dhani menyatakan didalam "cinta adalah misteri":
Bila Cinta Memanggilmu
Kau ikut kemana ia pergi
walau jalan terjal berliku
Walau perih slalu menunggu
Cintamu butakan
matamu dan hatimu
harusnya cintamu
buka pintu kalbumu
Cinta a da lah misteri
kita hanya manusia
tak berdaya melawan
takdir sang Raja Manusia

Mungkin ada benarnya, cinta seringkali membuat pecinta tidak mengetahui malah menutupi kekurangan orang yang dicintainya. Cintalah yang membuatkan orang mengatakan batu sebagai permata, orang jahat menjadi baik dan budak menjadi raja.Sepertimana ditulis oleh Ibnu Abdul Al-Samad," Cinta adalah mendatangkan ketulian. Cinta yang membutakan segala kecuali terhadap yang dicintainya, sehingga orang itu tidak melihat apa-apa pun kecuali dia".
posted by Q-KHALIFA, Wednesday, February 15, 2006 | link | 0 comments | -----------------------------------------------

Leskar Cinta


"...Laskar cinta sebarkanlah benih-benih cinta. Musnahkanlah virus-virus benci,Virus yang bisa rosakkan hati dan busukkan hati. Laskar cinta ajarkanlah ilmu tentang cinta. Karena cinta adalah hakikat dan jalan yang terang bagi semua umat manusia...."
posted by Q-KHALIFA, Wednesday, February 15, 2006 | link | 0 comments | -----------------------------------------------

Risau


Risau jadikan jiwa kita kacau. Risau jadikan kita runsing. Risau jadikan fikiran terganggu seketika. Risau jadikan kita sedih. Risau membuatkan kita tidak tentu arah.
Banyak perkara yang boleh di masukkan didalam pemaknaan risau ini. Ada yang risau akan duit. Risau akan Pelajaran. Risau akan keluarga. Risau akan rakan taulan malah ada juga yang risau akan haiwan peliharaan.
Tapi, yang paling merisaukan aku ialah org yg aku sayangi dan aku hargai. Dan lebih merisaukan lagi adalah apabila mengetahui keraguan yang dirisaukan mungkin menjadi kenyataan. Hadapi dengan tenang jiwa, semua akan baik2 saja.
posted by Q-KHALIFA, Wednesday, February 15, 2006 | link | 0 comments | -----------------------------------------------

Mari Berkaseh Sayang - 14/2


Dahulu, seorang pemimpin agama Katolik bernama Saint Valentine bersama rakannya Saint Marius secara diam-diam menentang pemerintahan Cesar Claudius II kala itu. Penentangan ini dilakukan kerana, Cesar tersebut menganggap bahawa seorang pemuda yang belum berkeluarga akan lebih baik prestasinya ketika berperang.
Maka, dia melarang para pemuda untuk berkahwin demi menciptakan parajurit perang yang berpotensi(kuat serta gagah berani). Valentine tidak setuju dengan peraturan tersebut. Dia, secara diam-diam tetap meneruskan tugasnya iaitu menikahkan setiap pasangan muda yang berniat untuk mengikat janji dalam sebuah perkawinan.
Perbuatan ini dilakukannya secara rahsia. Lama kelamaan, aksi yang dilakukan oleh Valentine pun sampai ke pengetahuan Claudius II. Valentine perlu menanggung perbuatannya yang melanggar arahan. Dia dijatuhi hukuman mati. Ada sebuah sumber yang menceritakan bahawa dia mati kerana menolong orang-orang Kristen melarikan diri dari penjara akibat penganiayaan.
Dalam legenda ini, diceritakan bahawa Valentine telah jatuh hati kepada seorang anak gadis penjaga penjara. Gadis yang dikasihinya senantiasa setia untuk menjenguk Valentine di penjara ketika itu. Tragisnya, sebelum ajal tiba bagi Valentine, dia meninggalkan pesanan dalam sebuah surat untuk gadis tersebut.
Ada tiga buah kata yang tertulis sebagai tanda tangannya di akhir surat dan menjadi popular hingga saat ini—-‘From Your Valentine.’ Ekspresi dari perwujudan cinta Valentine terhadap gadis yag dicintainya itu masih terus digunakan oleh orang-orang masa kini. Akhirnya, sekitar 200 tahun selepas kejadian itu, Paus Gelasius merasmikan tanggal 14 Febuari tahun 496 lepas Masehi sebagai hari untuk memperingati St. Valentine.
Maka, daripada cerita di atas dapatlah kita lihat bahawa begitu besar sekali pengorbanan yang telah dilakukan oleh seorang pejuang agung yang bernama Valentine ini, kerana telah mempertahankan dengan penuh jiwa raganya hak yang paling asas bagi setiap manusia iaitu hak untuk Mencintai dan Dicintai dan sekaligus mempertahankan hak manusia untuk berkahwin.
Pengorbanan ini juga harus dikenang, dengan menyemarakkan lagi hubungan cinta kita sesama pasangan yang kita kasihi, teman-teman, ibubapa, haiwan-haiwan, tumbuhan-tumbuhan serta tidak lupa juga kepada tuhan yang maha satu,tidak kira dengan apa cara sekalipon. Semoga pejuang-pejuang agung cinta ini seperti St.Valentine,Jalaluddin Al-Rumi,Rabiatul Adawiyah, akan ditempatkan dikalangan ahli-ahli syurga.
posted by Q-KHALIFA, Wednesday, February 15, 2006 | link | 0 comments | -----------------------------------------------

Kangen


"Saat cinta menuntunmu, ikutlah dengannya walaupun jalan yang kautempuh berliku dan terjal. Dan saat sayapnya merangkulmu, serakan seluruh dirimu padanya walaupun pedang-pedang yang ada dibalik sayapnya akan melukaimu."
- Kahlil Gibran
posted by Q-KHALIFA, Wednesday, February 15, 2006 | link | 0 comments | -----------------------------------------------

Sakitnya aku..


Aku selalu merindui kamu,
Aku selalu risau akan kamu,
Aku selalu ingin berjumpa kamu,
Sebab itu, aku betul berasa sakit hati.
Tak sangka menyukai seseorang
adalah begitu menyakitkan,
dan begitu sengsara..
Tapi aku tetap tak dapat hentikan,
aku tak dapat hentikan sendiri,
Daripada mendekati kamu..
posted by Q-KHALIFA, Wednesday, February 15, 2006 | link | 0 comments | -----------------------------------------------

Mencari Penyatuan


Wahai jiwa-jiwa yang tenang jangan sekali kali kamu
Mencoba jadi Tuhan dengan mengadili dan mengahakimi.
Bahwasanya kamu memang tak punya daya dan upaya.
Serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yang sejati.
Bukankah kita memang tercipta laki laki & wanita
dan menjadi suku suku dan bangsa bangsa yang pasti berbeda
bukankah kita memang harus saling mengenal dan menghormati
Bukan untuk saling bercerai berai dan berperang angkat senjata..(ahmad dhani)
posted by Q-KHALIFA, Wednesday, February 15, 2006 | link | 0 comments | -----------------------------------------------