P036 - Kuala Terengganu

Monday, January 19, 2009



Tahniah buat rakyat Kuala Terengganu kerana telah melakukan perubahan yang penting ke arah pembentukan Negara Malaysia Baru yang berasaskan kepada ketuanan rakyat.Seperti 8 mac dan 26 Ogos yang lalu, 17 Januari 2009 di Kuala Terengganu telah mencerminkan lagi betapa rakyat mahukan perubahan dan mahukan kepimpinan sekarang di tukar.

Bagi BN, kekalahan di Kuala Terengganu harus di letakkan sepenuhnya ke atas Dato' Najib, kerana tanggung-jawab seorang TPM adalah untuk memastikan BN menang pada setiap pilihanraya.Ini kali kedua selepas Pilihanraya kecil Permatang Pauh, Dato' Najib menjadi pengarah pilihanraya BN dan kedua-duanya mengalami kekalahan yang telah memalukan BN yang dianggap sebagai gergasi politik di Malaysia.Pada pandangan saya, untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kembali,BN juga perlulah merubah polisi serta sistem politiknya yang masih mengongkong hak-hak serta kebebasan rakyat,mengongkong media,mengamalkan rasuah dan kronism.

posted by Q-KHALIFA, Monday, January 19, 2009 | link | 1 comments | -----------------------------------------------