Balik Kampung

Sunday, September 28, 2008



Semalam, saya bersama rakan,Faizal Mohamed telah bertolak pulang ke kampung kami di Kuala Terengganu.Kami bertolak dari KL jam 11 pagi.Sepanjang perjalanan keadaan traffik adalah lancar.Saya difahamkan oleh adik saya, traffik agak sesak sedikit di Tol memasuki Karak Highway pada sebelah awal pagi.Kebanyakkan orang memilih untuk memulakan perjalanan pada sebelah malam atau selepas sahur dan kurang pada sebelah siang hari.

Dalam perjalanan, kami singgah di Kuantan untuk membeli belah di Berjaya Mall dan juga singgah di rumah bakal mertua Faizal, juga di Kuantan untuk memberikan barang kepada teman wanitanya.Jam 7,Kami membeli sedikit makanan di Mc Donald Bandar Kerteh dan berbuka di dalam perjalanan.Sampai saja di Kelulut, Marang,kami berhenti untuk makan ikan chermin bakar,sotong bakar dan juga tomyam pada harga yang sangat murah.Saya ingin menasihatkan kepada teman-teman semua yang masih berada di kota agar berhati-hati di jalan raya,semoga selamat sampai di Kampung masing-masing..Selamat~

posted by Q-KHALIFA, Sunday, September 28, 2008

0 Comments:

===========================

>>ADD A COMMENT HERE<< | >>BACK TO HOME<<

===========================