Menjelang Aidil Fitri
Tuesday, September 30, 2008
Penyimpan Besar Raja-Raja telah mengishtihar tarikh hari raya Aidil Fitri 1429 H jatuh pada hari Rabu,1 Oktober 2008.Sejak 2 hari yang lalu saya menerima banyak Sms raya,e-card raya di friendster dan facebook dari rakan-rakan.Hanya 3 keping kad raya yang di poskan kepada saya datangnya dari syarikat KDEB dan juga bank.Saya menjangkakan raya kali ini tidak ada lagi kelihatan rumah-rumah menggantungkan kad-kad raya seperti lazimnya amalan terdahulu. Tradisi raya di negara ini sayangnya sudah agak luntur selari dengan kemajuan zaman.
Dulu ketika kehidupan masih lagi sederhana,Aidil Fitri di sambut meriah baik di kota mahupun di kampung dengan mengamalkan tradisi kunjung-mengunjung dan saling maaf-bermaafan.Malah ada yang mengatakan orang dahulu jika meminta maaf sesama mereka akan memberitahu segala kesalahan yang dilakukan secara terperinci,begitulah adanya.Kemudian beransur-ansur tradisi meminta maaf ini di ganti pula dengan kad ucapan.Rata-rata menggunakan ayat "Selamat Hari Raya Aidilfitri,Minal aidil wal faizin, Maaf Zahir dan Batin" sebagai pengganti diri dan kini,cukup hanya mengantar pesanan ringkas(SMS) di telefon bimbit sahaja.
Kebanyakkan sms yang diterima oleh saya menggunakan ayat-ayat sedia ada dengan hanya mengulang pakai(forward) sms yang diterima dan dihantarkannya pula kepada orang lain.Pernah saya menerima SMS yang sama dari 5 orang yang berlainan.Semakin hari kita menjadi semakin malas untuk mencipta ucapan sendiri dan membuatkan kita semakin kurang kreatif.Setidak-tidaknya editlah dahulu dan taipkan nama si penerima di atas mesej tersebut.
Alhamdulillah suasana raya di Kuala Terengganu masih lagi dapat dirasakan.Bandar yang biasanya sunyi pada malam hari kini di banjiri oleh ribuan manusia rata-ratanya anak perantauan yang pulang beraya di kampung. Seperti ada pesta sedang berlangsung di bandar,kecoh dengan suara manusia sibuk tawar-menawar harga barang untuk keperluan hari raya esok.Menjelang tengah malam nanti,suasana akan bertambah meriah dengan lelongan terakhir peniaga-peniaga di "chow kit" Kuala Terengganu di dataran Shah Bandar.Begitulah suasana menjelang raya setiap tahun.Hari ini saya bangun awal-awal pagi lagi untuk temankan bonda ke pasar mencari daging lembu,limpa serta rempah-rempah untuk menyediakan rendang malam nanti.Jika lambat sedikit,akan kehabisan daging pula nanti dan terpaksa beratur panjang.
Akhir sekali, saya dengan rendah hati ingin memohon maaf zahir dan batin. Jika ada salah dan silap selama ini mahupun melukai hati sesiapa pasti tidak disengajakan saya.Allah menyukai mereka yang pemaaf dan mereka yang berbuat baik. Selamat Hari Raya Aidil Fitri ~

|