Sedih

Monday, October 20, 2008


Hari ini kakitangan awam menerima gaji bagi bulan Oktober.Malangnya, hingga bulan ini, sudah 3 bulan berturut-turut, saya dan juga beberapa rakan yang lain hanya menerima separuh gaji .Pelbagai alasan diberikan.Ianya disebabkan kelembapan kerja pusat pentadbiran kami dan juga pelbagai karenah birokrasi.Kami tidak pasti perkara ini akan berlanjutan sampai bila.Dengan keadaan negara mengalami ekonomi yang semakin parah,harga minyak dan barangan melambung tinggi, perkara sebegini menambahkan lagi kesusahan hidup kami.Apatah lagi, minggu lalu rakan kerja saya di Raub telah melangsungkan perkahwinannya,sudah tentu terdesak memerlukan wang.Walaupun begitu, kami tetap meneruskan perjalanan kerja kami dengan tekun dan amanah bagi membantu rakyat-rakyat yang susah.


p/s: Selamat Pengantin baru buat Husni Fairos dan Nor Azleen.Semoga kekal bahagia selamanya~ Husni Pengarah BBG Raub
posted by Q-KHALIFA, Monday, October 20, 2008

0 Comments:

===========================

>>ADD A COMMENT HERE<< | >>BACK TO HOME<<

===========================