Government to engage bloggers in cyberspace
Thursday, May 29, 2008
KUALA LUMPUR: The Government will take on bloggers in cyberspace and respond to wild and baseless allegations raised in blogs.
Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said remaining silent was no longer an option.
He acknowledged that the Government had overlooked the need to engage the new media, which was a new dimension in shaping public opinion, in the recent general election.
"We need to have people who are active participants of the new media, who are sympathetic and understanding of the government’s position.
"Therefore, instead of just criticising them (the new media) or running them down, the best thing to do is to engage them. Hopefully they will understand our perspective," he added.
- Kerajaan BN telah merumuskan antara sebab utama kekalahan teruk yang mereka alami dalam PRU 12 yang lalu adalah kerana wujudnya blog-blog di internet sebagai sumber utama maklumat dikalangan rakyat.Lalu menerusi Menteri Penerangan yang baru (di mana saya kira beliau tiada bezanya dengan Menteri Penerangan yang sudah) mengisytiharkan akan menangani gejala blog ini secara serius antaranya dengan mewujudkan program bersama bloggers di RTM .Lantas,ramai dikalangan pemimpin BN mula memasuki dunia blog di internet dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari penyokong-penyokong mereka. Tetapi pada pandangan saya,jika pendekatan begini diambil oleh kerajaan untuk cuba bersaing dengan bloggers di internet,keadaannya tidak akan berubah dan mungkin akan mendatangkan lebih banyak kerugian kepada pihak Kerajaan jika mereka masih mengamalkan dasar pengongkongan dan penutupan media-media utama.Kita harus melihat mengapa blog menjadi minat orang ramai pada awal tahun 2000 hingga kini untuk mendapatkan sesuatu maklumat tentang isu-isu berkaitan.Ini kerana pengongkongan dan kawalan yang ketara oleh pihak kerajaan terhadap media-media utama seperti televisyen,surat-surat khabar dan majalah menjadikan rakyat sudah muak dan tidak percaya akan berita-berita yang disebarkan.Akibat penutupan di dalam media-media utama,maka rakyat mula mencari media-media alternatif yang ternyata lebih bebas dan melaporkan secara adil dan terperinci berkenaan sesuatu isu yang timbul sekaligus dapat menjawap segala pertanyaan mereka.Oleh yang demikian, jika kerajaan benar-benar mahu menangani fenomena ini,pembukaan terhadap media-media utama haruslah dilakukan dengan memberikan laporan-laporan yang bebas serta tidak berat sebelah.Nescaya,pada hemat saya, orang ramai akan kembali menumpukan perhatian mereka kepada media-media utama sebagai sumber maklumat mereka dan tidak lagi akan bergantung kepada blog-blog di dalam internet.Nah, ini sekali gus akan dapat menenggelamkan pengaruh blog terhadap rakyat dan akan medapatkan kembali keyakinan mereka terhadap Kerajaan yang bebas,telus serta adil.
|
1 Comments:
Selamat datang ke blogspot, so mehla kita bertagged dulu yea..refer at blog aku hehhe...
===========================
------------------------------------------------------------