Malam Karyawan II

Tuesday, June 10, 2008


Sabtu yang lalu,saya berkesempatan ke Majlis Malam Karyawan 2 di Dewan Jubli Perak,Bangunan SUK Selangor.Majlis dihadiri oleh sasterawan,karyawan,tokoh korporat,ahli politik,rakan-rakan dan tetamu khas Dato' Seri Anwar Ibrahim.Aturcara majlis dimulakan dengan ucapan 2 orang wakil karyawan,Eddin Khoo dan Dato' Siddiq Fadhil.Saya begitu tertarik dengan ucapan oleh Saudara Eddin Khoo kerana text ucapannya tersusun rapi,menarek dan penguasaan bahasa Melayunya amat baik.Majlis kemudiaannya di teruskan dengan persembahan berantai dimulakan dengan pembacaan puisi Usman Awang oleh Pak Khalid dan disambung oleh Hasmi Hasyim dengan pantunnya.Sasterawan Negara Dato' A.Samad Said turut membaca puisi dan disambung dengan persembahan tarian masyarakat Jepun oleh sepasang penari cina yang amat halus sekali pergerakan mereka.Khabarnya juga penari lelaki tersebut mengajar Yoga di sekitar ibukota.Nanti saya akan sertakan gambar-gambar persembahan mereka.Majlis di akhiri dengan ucapan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim mengenai polisi kebudayaannya yang dinantikan oleh ramai tetamu pada malam itu.

Tan Sri Khalid Ibrahim membacakan sebuah puisi oleh Sasterawan,Dato' Usman Awang bertajuk melayu.Antara yang menarek adalah seperti berikut:


Melayu
















Melayu itu orang yang bijaksana,
nakalnya bersulam jenaka,
budi bahasanya tidak terkira,
kurang ajarnya tetap santun,
jika menipu pun masih bersopan,
bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah,
kecut takut kerana benar.
janji simpan diperut, selalu pecah dimulut,
biar mati anak, jangan mati adat.

Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya,
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu, Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu, Arab dan Pakistani,
semua Melayu Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
malah mualaf bertakrif Melayu (setelah disunat anunya itu) .


Melayu itu masih bermimpi,
walaupun sudah mengenal universiti ,
masih berdagang di rumah sendiri.


Watak Melayu menolak permusuhan,
setia dan sabar tiada sempadan,
tapi jika marah tak nampak telinga,
musuh dicari ke lubang cacing,
tak dapat tanduk telinga dijinjing,
maruah dan agama dihina jangan,
hebat amuknya tak kenal lawan.


Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan,
segala yang ada sanggup diberikan,
sehingga tercipta sebuah kiasan,
" Dagang lalu nasi ditanakkan suami pulang lapar tak makan,
kera dihutan disusus-susukan anak dipangkuan mati kebuluran.


Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu,
masihkah tunduk tersipu-tersipu?
jangan takut melanggar pantang,
jika pantang melanggar kemajuan,
jangan segan menentangan larangan,
jika yakin kepada kebenaran,
jangan malu mengucapkan keyakinan,
jika percaya kepada keadilan.
posted by Q-KHALIFA, Tuesday, June 10, 2008

0 Comments:

===========================

>>ADD A COMMENT HERE<< | >>BACK TO HOME<<

===========================