Mari Berkaseh Sayang - 14/2

Wednesday, February 15, 2006


Dahulu, seorang pemimpin agama Katolik bernama Saint Valentine bersama rakannya Saint Marius secara diam-diam menentang pemerintahan Cesar Claudius II kala itu. Penentangan ini dilakukan kerana, Cesar tersebut menganggap bahawa seorang pemuda yang belum berkeluarga akan lebih baik prestasinya ketika berperang.
Maka, dia melarang para pemuda untuk berkahwin demi menciptakan parajurit perang yang berpotensi(kuat serta gagah berani). Valentine tidak setuju dengan peraturan tersebut. Dia, secara diam-diam tetap meneruskan tugasnya iaitu menikahkan setiap pasangan muda yang berniat untuk mengikat janji dalam sebuah perkawinan.
Perbuatan ini dilakukannya secara rahsia. Lama kelamaan, aksi yang dilakukan oleh Valentine pun sampai ke pengetahuan Claudius II. Valentine perlu menanggung perbuatannya yang melanggar arahan. Dia dijatuhi hukuman mati. Ada sebuah sumber yang menceritakan bahawa dia mati kerana menolong orang-orang Kristen melarikan diri dari penjara akibat penganiayaan.
Dalam legenda ini, diceritakan bahawa Valentine telah jatuh hati kepada seorang anak gadis penjaga penjara. Gadis yang dikasihinya senantiasa setia untuk menjenguk Valentine di penjara ketika itu. Tragisnya, sebelum ajal tiba bagi Valentine, dia meninggalkan pesanan dalam sebuah surat untuk gadis tersebut.
Ada tiga buah kata yang tertulis sebagai tanda tangannya di akhir surat dan menjadi popular hingga saat ini—-‘From Your Valentine.’ Ekspresi dari perwujudan cinta Valentine terhadap gadis yag dicintainya itu masih terus digunakan oleh orang-orang masa kini. Akhirnya, sekitar 200 tahun selepas kejadian itu, Paus Gelasius merasmikan tanggal 14 Febuari tahun 496 lepas Masehi sebagai hari untuk memperingati St. Valentine.
Maka, daripada cerita di atas dapatlah kita lihat bahawa begitu besar sekali pengorbanan yang telah dilakukan oleh seorang pejuang agung yang bernama Valentine ini, kerana telah mempertahankan dengan penuh jiwa raganya hak yang paling asas bagi setiap manusia iaitu hak untuk Mencintai dan Dicintai dan sekaligus mempertahankan hak manusia untuk berkahwin.
Pengorbanan ini juga harus dikenang, dengan menyemarakkan lagi hubungan cinta kita sesama pasangan yang kita kasihi, teman-teman, ibubapa, haiwan-haiwan, tumbuhan-tumbuhan serta tidak lupa juga kepada tuhan yang maha satu,tidak kira dengan apa cara sekalipon. Semoga pejuang-pejuang agung cinta ini seperti St.Valentine,Jalaluddin Al-Rumi,Rabiatul Adawiyah, akan ditempatkan dikalangan ahli-ahli syurga.
posted by Q-KHALIFA, Wednesday, February 15, 2006

0 Comments:

===========================

>>ADD A COMMENT HERE<< | >>BACK TO HOME<<

===========================