Desperado Umno

Monday, June 30, 2008


"There is one universal law that has been formed by the majority of mankind.That law is justice" - Alexis de Tocqueville

"Whenever you judge between people, judge with justice" - Surah Al-nisa 4:58


KUALA LUMPUR, Malaysia -- Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim was accused Saturday of sodomy, police and politicians said, sparking speculation that he might be arrested on the same charge that led to his imprisonment a decade ago.

The shocking announcement comes on the heels of a police report lodged yesterday against Anwar by an aide, 23-year old Mohd Saiful Bukhari Azlan, for sodomy that was allegedly committed at a luxury condomonium in Damansara.

Responding to this yesterday, Anwar said the accusation against him was the result of "interested parties" to attack him in retaliation for his possession of evidence that allegedly implicates two top government officers.He said he had evidence that inspector-general of police Musa Hassan and attorney-general Abdul Gani Patail were involved in misconduct, including fabrication of evidence in the cases launched against him after his sacking from the government in 1998.


(picture of saiful (blue) taken in march 2008 with special aide of Najib, Khairil Anas at DPM Office)
posted by Q-KHALIFA, Monday, June 30, 2008 | link | 0 comments | -----------------------------------------------

Perhentian Trip


Isnin 23/6, saya menerima panggilan dari DPP Ridha(ed) bernada gembira memberitahu dia mempunyai kes di kuala Terengganu pada keesokan harinya.Ini bermakna ada orang yang akan menemani saya ke Perhentian.Ed merupakan teman serumah dan sepengajian ketika berada di Uitm dulu.Juga merupakan pecinta Scuba(Scubaholic) ketika zaman belajar lagi.Dah banyak terumbu-terumbu serta gua-gua laut yang mempunyai rumpai laut telah diselam olehnya,haha..

Selesai saja kes Ed di Mahkamah kami berlepas ke Jertih,Besut menuju ke Jeti di Kuala Besut.Mujurlah ada pemandu polis bernama Jamlus mengambil kami di Primula Hotel dan bertolak ke Jertih.Perjalanan mengambil masa 2 jam untuk sampai ke sana.Tiba di Kuala Besut ,kami dipertemukan dengan Inspektor Linda dan Kopral Sabri dan juga Che Ka penduduk tempatan yang mempunyai perniagaan membaiki bot penduduk di pulau perhentian.Che Ka mempunyai banyak "contact" di sana,dan membolehkan kami mendapat harga penginapan dan makan yang sangat murah.Kami hanya menghabiskan RM200 seorang sepanjang 5 hari berada di sana.Selesai minum air di jeti bersama mereka,kami terus menaiki bot ke Pulau dan sampai pada jam 4 ptg.

Tiba di sana, Ed menemui rakan lamanya Man kecik dan juga Ejay the scuba man bdk bangsar yang telah 4 thn menetap di pulau,bekerja sebagai instructor diver di Alu-alu.Aktiviti di pulau bermula pada sebelah pagi,di mana Ed akan ke Alu-alu untuk dive di tokong laut,3 ruang,Shark point.Saya pula akan snorkeling di shark point,turtle point dan sekitar tuna bay.Kami bernasib baik berjumpa dengan Dayah and the gang(Adam,suhaida,zaida,farah) yang menjadi teman sembang,main kad,bola tampar dan juga bolasepak,haha.Kebetulan mereka tiba pada hari yang sama dan pulang juga pada hari yang sama dengan kami.Malamnya pula kami banyak habiskan masa makan dan minum di break first bar milik Abg Man ditemani oleh Ejay dan rakan2.Lepas makan kami lepak bersama sembang di tepi pantai dengan dipenuhi ribuan gemerlapan bintang di langit.

Oh ya, kami juga berjumpa dengan kak ita bekas pramugari MAS dan bekas isteri celebriti ternama yang comel,baik dan peramah.Kak ita juga seperti saya peminat pasukan Russia dan sanggup menunggu hingga ke awal pagi menonton bola.Kami berdukacita melihat Fabregas menghancurkan harapan untuk melihat Russia ke final.Ed pula sibuk dengan aktiviti menyelamnya bersama ejay dan hani,sambil di perhatikan oleh johan dan mamat2 sweden,haha.Hani berasal dari seremban, baru pulang ke Malaysia sejak 10 tahun lalu.Sebelum ini dia belajar dan bekerja di Ireland dlm jurusan account.Kemudian dia ke Bermuda Island bekerja sbg accountant dan juga telah ke utopia untuk melakukan kerja sukarela di sana.Hani seorang yang baik hati,pemurah dan saya rasa berasal dari keluarga yang kaya.Hari Sabtu tengah hari, kami menaiki bot bertolak pulang ke Jeti di Kuala Besut. Kami berasa sangat gumbira serta puas sekali,haha..Berikut merupakan gambar-gambar ketika berada di sana:








.


posted by Q-KHALIFA, Monday, June 30, 2008 | link | 0 comments | -----------------------------------------------

Jalan-jalan

Monday, June 23, 2008


Dah lama tak jumpa,

Hati bertambah gundah.

Siang malam terkenang,

Fikiran pun tak senang.

Saya mengambil cuti sepanjang minggu ini,selama 8 hari.Tujuannya adalah untuk pulang ke kampung berjumpa bonda dan keluarga.Dalam pada itu saya mungkin ke pulau perhentian untuk menenangkan fikiran dengan menikmati ciptaan tuhan di sana.Khabarnya,batu-batu karang di sana indah,begitu juga dengan gadis-gadisnya.Insyaallah 2hb Julai, saya akan pulang ke kota untuk meneruskan kembali kehidupan seperti biasa.Doakan saya bertemu dengan gadis duyung secantik maya karin yaa!


posted by Q-KHALIFA, Monday, June 23, 2008 | link | 3 comments | -----------------------------------------------

Malaysia Baru

Wednesday, June 18, 2008


Usul tidak percaya terhadap PM

Jun 18- Ahli Parlimen Parti Progresif Sabah (SAPP) - salah sebuah parti komponen BN di negeri itu - akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Badawi apabila Dewan Rakyat bersidang Isnin ini.

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah negara, usul tidak percaya akan dikemukakan terhadap perdana menteri.

"Sewaku sidang Dewan Rakyat mulai Isnin ini, 23 Jun, ahli-ahli Parlimen kita akan menyokong undi tidak percaya kepada PM."Sama ada usul itu akan dikemukakan oleh ahli Parlimen kita atau ahli Parlimen lain, akan diputuskan bila tiba masanya," kata satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.


--------------------------------------------------------------------------------
Ayuh kita semua berjuang ke arah Malaysia Baru! Seperti sajak Chairil Anwar..Bung Karno, ayuh kita bikin janji.


PERSETUJUAN DENGAN BUNG KARNO

Ayo ! Bung Karno kasi tangan mari kita bikin janji
Aku sudah cukup lama dengan bicaramu
dipanggang diatas apimu, digarami lautmu
Dari mulai tgl. 17 Agustus 1945
Aku melangkah ke depan berada rapat di sisimu
Aku sekarang api aku sekarang laut
Bung Karno ! Kau dan aku satu zat satu urat
Di zatmu di zatku kapal-kapal kita berlayar
Di uratmu di uratku kapal-kapal kita bertolak & berlabuh
posted by Q-KHALIFA, Wednesday, June 18, 2008 | link | 0 comments | -----------------------------------------------

Bangsa Malaysia

Wednesday, June 11, 2008


Pak Khalid pada malam tersebut menyampaikan sebuah sajak Usman Awang yang ditujukan kepada sahabat Sasterawan Negara itu,Dr. M K Rajakumar.


Sahabatku
Suatu bangsa merdeka yang kita impikan
terasa masih jauh dari kenyataan
kemarahanku menjadi kepedihan
bila kita dipisah-pisahkan
jarak itu semakin berjauhan
aku dapat gelaran ‘bumiputera’ dan
kau bukan

Bila kah kita dapat memadamkan
Perbezaan keturunan yang kian membakat kita
Dan membiarkan curaham minyak yang kian menyala
Oleh mereka yang sering bermuka dua ?
Bilakah kita dapat mempetaruhkan nasib anak anak kita yang tak berdosa
Dan generasi akan datang keturunan kita
Menjadi mangsa keturunan kita menjadi mangsa keturunan yang berbeza
Oleh mereka yang mementingkan laba dan kuasa?

Bilakah kita dapat menembusi jurang perbezaan
Kemiskinan dan kelaparan dengan kekayaan berlebihan
Antara dua golongan darjat masyarakat
Suatu janji dari erti kemerdekaan?

Bilakah semua wargenara mendapat hak
Layanan dan keadilan yang sama
Dikenal dengan satu rupa nama:
Bangsa Malaysia

posted by Q-KHALIFA, Wednesday, June 11, 2008 | link | 0 comments | -----------------------------------------------

Rehearsal


Berikut adalah gambar-gambar di sekitar rehearsal malam karyawan II di bangunan SUK,Selangor sehari sebelum bermulanya majlis tersebut.

-Namron dengan gimik "Mat derih kola perlih"

- Latihan tarian jepun oleh sepasang penari cina,sambil diperhatikan oleh PK.

- penari2,PK,Namron berbincang sambil diperhatikan oleh eekmal dan firdaus.
posted by Q-KHALIFA, Wednesday, June 11, 2008 | link | 0 comments | -----------------------------------------------

Malam Karyawan II

Tuesday, June 10, 2008


Sabtu yang lalu,saya berkesempatan ke Majlis Malam Karyawan 2 di Dewan Jubli Perak,Bangunan SUK Selangor.Majlis dihadiri oleh sasterawan,karyawan,tokoh korporat,ahli politik,rakan-rakan dan tetamu khas Dato' Seri Anwar Ibrahim.Aturcara majlis dimulakan dengan ucapan 2 orang wakil karyawan,Eddin Khoo dan Dato' Siddiq Fadhil.Saya begitu tertarik dengan ucapan oleh Saudara Eddin Khoo kerana text ucapannya tersusun rapi,menarek dan penguasaan bahasa Melayunya amat baik.Majlis kemudiaannya di teruskan dengan persembahan berantai dimulakan dengan pembacaan puisi Usman Awang oleh Pak Khalid dan disambung oleh Hasmi Hasyim dengan pantunnya.Sasterawan Negara Dato' A.Samad Said turut membaca puisi dan disambung dengan persembahan tarian masyarakat Jepun oleh sepasang penari cina yang amat halus sekali pergerakan mereka.Khabarnya juga penari lelaki tersebut mengajar Yoga di sekitar ibukota.Nanti saya akan sertakan gambar-gambar persembahan mereka.Majlis di akhiri dengan ucapan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim mengenai polisi kebudayaannya yang dinantikan oleh ramai tetamu pada malam itu.

Tan Sri Khalid Ibrahim membacakan sebuah puisi oleh Sasterawan,Dato' Usman Awang bertajuk melayu.Antara yang menarek adalah seperti berikut:


Melayu
















Melayu itu orang yang bijaksana,
nakalnya bersulam jenaka,
budi bahasanya tidak terkira,
kurang ajarnya tetap santun,
jika menipu pun masih bersopan,
bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah,
kecut takut kerana benar.
janji simpan diperut, selalu pecah dimulut,
biar mati anak, jangan mati adat.

Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya,
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu, Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu, Arab dan Pakistani,
semua Melayu Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
malah mualaf bertakrif Melayu (setelah disunat anunya itu) .


Melayu itu masih bermimpi,
walaupun sudah mengenal universiti ,
masih berdagang di rumah sendiri.


Watak Melayu menolak permusuhan,
setia dan sabar tiada sempadan,
tapi jika marah tak nampak telinga,
musuh dicari ke lubang cacing,
tak dapat tanduk telinga dijinjing,
maruah dan agama dihina jangan,
hebat amuknya tak kenal lawan.


Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan,
segala yang ada sanggup diberikan,
sehingga tercipta sebuah kiasan,
" Dagang lalu nasi ditanakkan suami pulang lapar tak makan,
kera dihutan disusus-susukan anak dipangkuan mati kebuluran.


Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu,
masihkah tunduk tersipu-tersipu?
jangan takut melanggar pantang,
jika pantang melanggar kemajuan,
jangan segan menentangan larangan,
jika yakin kepada kebenaran,
jangan malu mengucapkan keyakinan,
jika percaya kepada keadilan.
posted by Q-KHALIFA, Tuesday, June 10, 2008 | link | 0 comments | -----------------------------------------------

Kasihanilah kami

Thursday, June 05, 2008



Seperti yang telah diketahui ramai,semalam PM mengumumkan harga minyak petrol di Malaysia naik sebanyak 40%(78 sen) dan diesel Rm1.00 seliter berkuatkuasa serta merta.Kenaikan tersebut telahpun dijangka ramai sejak sebelum PRU ke 12 lagi.Namun banyak pihak tidak menjangkakan akan kenaikan yang begitu ketara sekali dan kebanyakkannya menyatakan rasa tidak puas hati terhadap keputusan tersebut.Ini satu langkah yang merugikan bagi kerajaan dan akan menambah burukkan lagi kedudukan PM sendiri.Saya mengakui harga minyak di pasaran melambung tinggi sejak dari awal tahun lagi dan kerajaan perlu mengurangkan wang subsidi bagi menampung kenaikan harga tersebut.Tetapi kenaikan tersebut tidak seharusnya terlalu mendadak.Ekoran dari kenaikan sebegini,rakyat berpendapatan rendahlah yang paling akan merasa kesannya dan memeritkan lagi kehidupan mereka yang telah susah sebelum ini.Bak kata pepatah,sudah jatuh di timpa tangga pula.Majoriti rakyat di Malaysia masih berada di tahap berpendapatan rendah.Secara logiknya apabila minyak naik, harga-harga barang harian lain juga akan meningkat dengan serta merta.Rakyat akan mengurangkan perbelanjaan mereka dan kitaran pembelian serta pengeluaran akan terbantut dan menyebabkan ekonomi negara tidak berkembang.Saya baru mengimpikan untuk menukar kereta saya yang usianya sudah 11 tahun,namun disebabkan kenaikan harga minyak semalam hajat saya terpaksa dibatalkan dan mungkin terpaksa menunggu lagi 3 atau 5 tahun untuk saya membeli kereta yang baru.Tempahan kereta proton terpaksa dibatalkan.Cuba bayangkan jika 10,000 rakyat di Malaysia mengambil langkah yang sama.Akibatnya, perlambakan kereta-kereta proton di gudang-gudang dan Proton yang sebelum ini telah dibebankan dengan masalah penjualan dan hutang yang tinggi akan bertambah rugi,sekaligus merugikan kerajaan dan rakyat Malaysia.Oleh yang demikian, saya rasa kerajaan seharusnya menaikkan harga minyak pada harga yang tidak terlalu ketara (mungkin 20 sen) supaya kenaikan harga barang yang lain tidak keterlaluan dan mungkin menaikkan lagi harga mengikut kesesuaian semasa.Jangan dibandingkan harga minyak kita dengan harga minyak di Thailand dan Singapura.Kita pengeluar minyak dan minyak kita harganya tinggi di pasaran kerana mutunya yang tinggi.Bila minyak naik mendadak, untung petronas juga akan melambung tinggi.Saya difahamkan,petronas dengan mudah memperolehi RM40 billion ekoran kenaikan minyak tahun ini sahaja.Menteri Kewangan ke-2 menyatakan kerajaan terpaksa menanggung RM18.3 billion untuk subsidi minyak dan jika kenaikan sebanyak 78 sen dilaksanakan kerajaan dapat menjimatkan RM13 billion.Apa salahnya jika mengambil sedikit dari keuntungan mudah RM40 billion tersebut dan dijadikan tambahan kepada subsidi minyak untuk memastikan kenaikan minyak hanya pada sekitar 20 sen sahaja.Ini akan dapat melegakan banyak pihak terutamanya golongan-golongan miskin.Jika tidak dilakukan demikian,persoalan perlu ditanya kemanakah wang sebanyak RM40 billion dan penjimatan RM13 billion tersebut akan dibelanjakan.Kerajaan harus menghuraikan langkah-langkah yang akan dibuat dengan duit tersebut kepada rakyat.Adakah wang-wang tersebut akan dibelanjakan untuk menampung segala perbelanjaan bagi merealisasikan projek-projek mega koridor-koridor yang telah dicanangkan sebelum pilihanraya ataupun sebaliknya.Jika jawabnya untuk membangunkan koridor-koridor tersebut, soalan seterusnya adakah ianya akan memberi faedah secara langsung kepada rakyat-rakyat miskin atau hanya akan menguntungkan sesetengah pihak sahaja.Adakah rakyat mahukan projek-projek ini atau mereka mahukan kehidupan lebih selesa tanpa perlu memikirkan lagi rumah mereka yang bocor,dan segala perbelanjaan yang meningkat bagi menampung keperluan anak-anak mereka yang ramai.

posted by Q-KHALIFA, Thursday, June 05, 2008 | link | 0 comments | -----------------------------------------------